Ikuti Kami

Jumlah Pelawat

Soalan Lazim/FAQ (Teknikal)

Sila klik link di bawah pada bahagian yang anda berkenan :

1. Maklumat Am    2. Maklumat Teknikal    3. Maklumat Streamyx


1. Kipas laptop tak berfungsi?


Masalah kipas boleh berpunca dari habuk atau memang kipas itu sendiri telah pun rosak.
Pemeriksaan lanjut diperlukan utk mengenalpasti punca masalah.

2. Masalah RAM & hard disk

RAM atau memori komputer yang bermasalah boleh menyebabkan pc anda ‘slow’ dan lebih
teruk lagi langsung tiada ‘display’. Manakala hard disk pula boleh menyebabkan pc anda susah
untuk ‘loading window’ dan kerap kali keluar ‘blue screen error’.

3. Keyboard laptop

Bagi keyboard yang mempunyai masalah pada beberapa button, ia masih boleh dibaiki namun
bergantung kepada model dan jenama laptop tersebut. Jika keseluruhan keyboard yang
bermasalah maka dicadangkan untuk digantikan dengan keyboard yan baru.

4. Display laptop tiada backlight


Bagi masalah sebegini, kebiasaannya ‘inverter’ laptop tersebut telah rosak. Namun jika
kerosakan tidak terlalu serius, inverter tersebut masih boleh di’repair’. Punca lain juga boleh
menyebabkan ketiadaan lampu belakang iaitu mentol dan ‘ribbon’nya.

5. Install software


Kami boleh membantu anda dalam menginstall aplikasi yang benar2 original sahaja, pirate kami tak layan.

6. Battery tak boleh charge

Bagi laptop yang bermasalah untuk mengecas battery, biasanya terdapat beberapa punca yang boleh
dikesan dengan mudah: battery, charger ataupun motherboard laptop itu sendiri. Terdapat ‘i/c
controller’ pada motherboard laptop tersebut yang mengawal arus untuk dicaskan ke battery yang
boleh juga menjadi punca mengapa bateri laptop tersebut tidak dapat dicas.

7. Hinge patah

Hinge atau ‘engsel’ yg memegang LCD pada laptop yang patah boleh dibaiki di kedai kami.
Bergantung kepada kerosakan, jika masih boleh di’modify’ atau perlu ditukar baru.

8. Body crack

Casing laptop yang telah pecah/retak akibat jatuh atau hinge patah masih boleh dibaiki. Sama ada
diganti baru atau diubahsuai bergantung kepada citarasa pelanggan.

9. Power port / jack longgar

Masalah sebegini biasanya menyebabkan elektrik tidak dapat disambungkan terus kepada laptop
atau terputus bekalan elektrik jika kepala adapter/wayar disentuh. Kami boleh membantu
memulihkan keadaan ini kepada fungsinya yang normal.

10. USB laptop tak berfungsi

USB laptop yg tidak berfungsi memerlukan pemeriksaan teliti untuk mengenalpasti punca masalah.
Jika ia berpunca dari motherboard atau ‘lost contact’, pengubahsuaian perlu dilakukan.

11. Wifi tak detect

Masalah ini biasanya berpunca daripada wifi adapter yang telah rosak. Namun, faktor lain
seperti ‘device driver’ belum di’install’ dan masalah motherboard boleh menyumbang kepada
situasi ini.

12. Cd-rom tak berfungsi
Terdapat beberapa punca : CD-ROM telah rosak atau ‘device disable’ secara tidak sengaja
atau IDE controller pada motherboard telah rosak. Jadi, pemeriksaan lanjut diperlukan untuk
mengenalpasti punca masalah.

13. Sound tak berfungsi

Biasanya ia berpunca daripada ‘driver sound’ yang belum di’install’ atau ‘driver’nya tidak serasi.
Namun punca lain seperti kerosakan pada ‘speaker’ atau ‘sound controller’ yang rosak pada
motherboard boleh mengakibatkan sound laptop anda tidak berfungsi.

14. Display Problem?

Masalah display biasanya berpunca dari graphic card atau ‘display chipset’ (bagi laptop). Namun
punca-punca lain juga turut menyumbang kepada ketiadaan display seperti RAM dan power
supply.
Comments